"Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)." (At-Taubah 9:12)
| Antara Tanah Wakaf Khas Diserahkan Kepada Sonny Ho (Proxy DAP) Secara PERCUMA & Hudud... FITNAH MUFTI KERAJAAN NEGERI KEDAH & Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) Tanah Wakaf Khas (Islam) Vs Hudud (Islam) klik disini untuk selanjutnya DAP & PAS = Sebangsa Senegara Sejiwa :) Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu semua telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali sesetengah kamu ada yang lebih cerdik mengemukakan hujah serta alasannya daripada sesetengah yang lain. Maka aku akan menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang telah aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan ia mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka". - Hadith Riwayat: Muttafaqun A'laih Mufti Kedah & Pemimpin PAS HARUS BERTAUBAT !!! Mohon Campur Tangan Sri Paduka Baginda YDP Agong Kerana Allah Sebagai Ketua Agama Islam. |
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Ogos 2012
ALOR SETAR - DAP Kedah yakin Pakatan Rakyat (PR) akan terus memerintah negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, DAP yakin PR akan terus memerintah negeri Kedah selepas PRU-13 nanti berikutan rakyat semakin tidak percaya kepada pimpinan Umno dan BN.
Katanya, rakyat sudah jemu dengan isu perlaksanaan hukum hudud yang cuba dimainkan oleh Umno dan BN.
“Umno dan BN semakin gelabah sebab mereka sudah kekeringan idea untuk menyerang PR yang berjaya memimpin negeri dengan baik.
“Mereka hanya menyerang PR menggunakan isu perkauman dan keagamaan bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan baik PR,” katanya, semalam.
Guan Aik berkata, Umno dan BN cuba mainkan isu perlaksanaan hukum hudud kerana mereka takut tewas kepada PR pada PRU-13 nanti.
Katanya, mereka gunakan isu hukum hudud kerana yakin akan menewaskan PR dalam PRU-13 nanti.
“Namun, serangan demi serangan yang diberikan telah membuatkan PR semakin kuat dan diterima baik oleh rakyat.
“Serangan Umno dan BN terhadap Pas mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dianggap senjata yang telah tumpul,” katanya.
*Dalam Cetakan Akhbar Macam Lain, Dalam Online Macam Lain... :)
Lu Pikir La Sendiri...
"Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (At-Taubah 9:5)


No comments:
Post a Comment
Apa yang anda faham dari apa yang anda saksikan ?